BIOGRAFI TOKOH
Hasan Al-Banna
(13)
Biografi
ringkas Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna "Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang
dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid
Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua,
namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir
tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Pada 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam
khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang
ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam
ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam
hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok,
pemerintah Mesir pada ketika itu. Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada
Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah,
Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati
dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid
Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam
keadaan yaug serba sederhana. Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada
lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang
ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan
Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali
sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku
yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al
Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk
mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan
hadis kepada penduduk tempatan. [Ayah Hassan Al Banna] Ayah Hassan Al Banna
Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan
yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari
Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di
rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn
perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada
pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan
keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna. Sifat
kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi
yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah
menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi,
al-Ikhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad
al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam
Muslimin Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak
berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam
usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga
tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau
telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana
kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas. Semasa di Kaherah, Hassan al
Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang
Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik,
kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular
kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai
pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah
Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan
dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan
orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan
dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad
Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.. Menubuhkan Ikhwan Muslim Pada Mac
1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang
sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana
Islam.
Di rumah itu
jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat
ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah
sebuah sekolah di bandar Ismailiyah. Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan
diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya
Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah
Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan
yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas
kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh
mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua. Setelah berkhidmat
selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun
1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar.
Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin
sebuah gerakan yang berpengaruh. Di dalam buku "Letter To A Muslim
Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian
Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan
organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan
sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau
kumpulan agarria tetapi lebih dari itu. Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah,
Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan
Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari
Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan
golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk
menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang
Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai
cita-cita tersebut.(Bersambung)
Post a Comment