Hasan Al-Banna ( 15 )
Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk
membunuh beliau. Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama
iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya
berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang
dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya
tidak kunjung tiba. Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka
memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil,
dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada
mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu.
Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun
terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke
pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa
mereka ke hospital. Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi
oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan
diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna
menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Pengurusan
Jenazah Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada
ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah
ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi
tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak
polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau
melihat jenazah anaknya itu. Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama.
Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah
al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap
bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan
rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut.
Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang
melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya. Sheikh Ahmad Abdur
Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh
kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun
itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak
polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab,
biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya. Polis tidak membenarkan
sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan
membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau
dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid
al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid
memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh
Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu.
Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk
disemadikan jenazah Almarhum. Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah
43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan
Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid. Pembunuhan
Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk
dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang
tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini
walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan.
Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi.
Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman
pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya. Pada 23 Julai 1952 satu
revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya.
Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos
1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan
kerja berat. Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan
hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan
hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat. Sejak pembunuhan terhadap Hassan
al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi.
Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja
semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di
negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini
sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani,
berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam
gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi
menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan
pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. (Ttg biograsi
Hasan Al-Banna , (TAMAT)
Post a Comment